KUALA LUMPUR – Gempa bumi berskala 6.1 menggegarkan utara Sumatra pada jam 9.39 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gegaran itu boleh dirasai di bahagian barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Katanya, pusat gempa bumi itu terletak 76 kilometer barat laut Payakumbuh, Sumatra pada kedalaman 10 kilometer.
“Tiada ancmn tsunami,” katanya menerusi akaunĀ Twitter. – MalaysiaGazette