KUALA LUMPUR – Sebanyak 32,070 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan kes kumulatif bertambah kepada 3,337,227.
Daripada jumlah itu sebanyak 31,861 kes tempatan dan 209 kes import.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 180 kes (0.56 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 31,890 kes (99.44 peratus) lagi kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:
• Kategori 1: 8,216 kes (25.62%);
• Kategori 2: 23,674 kes (73.82%);
• Kategori 3: 95 kes (0.30%);
• Kategori 4: 46 kes (0.14%); dan
• Kategori 5: 39 kes (0.12%).
Menurut beliau, daripada 180 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 24 Februari 2022, sebanyak 49 kes (27.22%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 93 kes (51.67%) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster).
Sebanyak 38 kes (21.11%) telah menerima dos penggalak (booster); 83 kes (46.11%) berumur 60 tahun dan ke atas; 89 kes (49.44%) mempunyai komorbid; dan satu kes (0.56%) ibu mengandung.
Katanya, sehingga semalam, Malaysia merekodkan 16 kluster baharu menjadikan kluster aktif sebanyak 510.
Sehingga semalam, enam negeri menunjukkan jumlah penggunaan katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) melepasi 50 peratus.
Negeri-negeri itu ialah Kelantan (86%), Johor (59%), Labuan (57%), Kuala Lumpur (54%), Sabah (52%) dan Melaka (50%)
Manakala 12 negeri merekodkan penggunaan katik bukan ICU melepasi 50 peratus iaitu Kelantan (111%), Selangor
(108%), Perak (93%), Kuala Lumpur (89%), Putrajaya (86%), Perlis (82%), Johor (73%), Pahang (68%),
Terengganu (58%), Pulau Pinang (57%), Sabah (69%) dan Sarawak (53%). – MalaysiaGazette