MGNews: KKM Akan Tambah Mesin MRI Di Hospital Sungai Buloh

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan telah menggantikan sistem MRI lama di Hospital Sungai Buloh, yang kini telah berusia 17 tahun.

Kementeriannya juga sedang menimbang untuk menambah mesin MRI bagi menampung kes-kes hospital lain yang dirujuk ke situ.