Saturday, November 16, 2024
Home Utama Remaja pukul ibu negatif dadah

Remaja pukul ibu negatif dadah

KUALA LUMPUR – Remaja lelaki berusia 15 tahun yang didapati memukul ibunya di rumah mereka di Ampang semalam kerana dipercayakan mahukan wang disahkan bebas daripada pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komissioner  Hamzah Alias berkata, ujian air kencing telah dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan.

Beliau berkata, rakaman remaja berkenaan memukul ibunya diambil oleh adik perempuannya yang menyerahkan rakaman itu kepada bapanya.

“Bapa remaja berkenaan kemudian menyerahkan rakaman itu kepada guru sekolah remaja itu dengan niat untuk meminta guru sekolah menasihati anaknya.

“Rakaman insiden itu kemudiaanya tular dan dikecam oleh masyarakat. Siasatan lanjut berhubung insiden ini sedang dilakukan,” kata Hamzah. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. budak2 kuala lumpur ni pecah rekod lah . macam mana sukatan pelajaran disekolah agaknya . ilmu sivik ada adab tiada . kena ajar ilmu tasauf kot . . nafsu dalam diri ustad tak beritahu . cakap je hati jantung perut dan usus . tak ada ruh pada hati itu

Comments are closed.