Home Dunia Tujuh terkorban akibat gempa bumi di Sumatera Barat – BNPB

Tujuh terkorban akibat gempa bumi di Sumatera Barat – BNPB

Kredit gambar: Twitter - Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia

JAKARTA – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 85 lagi cedera selepas gempa bumi melanda beberapa kawasan di Sumatera Barat pada Jumaat, menurut Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB).

Jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata lebih 5,000 orang telah ditempatkan di 35 pusat pemindahan di daerah Pasaman Barat.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota penyelamat, tentera dan polis masih diteruskan di kawasan terjejas, katanya dalam satu kenyataan.

Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter memusnahkan berpuluh-puluh bangunan dan lebih 1,000 rumah rosak teruk.

Indonesia yang terletak dalam Lingkaran Api Pasifik menyaksikan kekerapan aktiviti seismik dan gunung berapi.- BERNAMA