Home Nasional Warga Ukraine menetap di Malaysia tunjuk solidariti di hadapan Kedutaan Rusia

Warga Ukraine menetap di Malaysia tunjuk solidariti di hadapan Kedutaan Rusia

Antara warga Ukraine yang menetap di Malaysia membuat solidariti untuk menghentikan perang berikutan krisis di antara negara itu dengan Rusia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan Kedutaan Rusia di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Hampir 20 warga Ukraine yang menetap di Malaysia berkumpul di hadapan Kedutaan Rusia, Jalan Ampang, di sini, malam tadi bagi menunjukkan solidariti terhadap negara mereka yang diserang Rusia.

Perhimpunan yang diadakan pada jam 7.30 malam itu dilakukan secara aman.

Polis turut hadir untuk menjaga ketenteraman perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, rakaman video berdurasi 30 saat dikongsi pengguna media sosial Twitter @pamellalah menunjukkan situasi di hadapan Kedutaan Rusia.

Video berkenaan memaparkan warga Ukraine yang berhimpun melaungkan “Stop War” berikutan keganasan Rusia yang sedang berlaku di negara mereka.

Semalam, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata, setakat ini lebih 300 orang tercedera dan angka korban perang mencecah sejumlah 137 rakyat dan tentera negara itu. – Malaysiagazette