PRN Johor : Tiada Debat Calon PRN Johor Di Televisyen Kerajaan – Annuar

JOHOR BAHRU – Stesyen televisyen milik kerajaan tidak akan menyiarkan sebarang debat di antara calon-calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, PRN Johor hanya melibatkan negeri dan tidak melibatkan peringkat nasional.

“Siaran televisyen adalah siaran nasional. Tidak ada siaran tempatan. Kalau radio ada radio tempatan tapi kalau televisyen itu nasional.