JOHOR BAHRU – Penduduk Taman Cempaka Kempas di sini menyifatkan apa pun dakwaan yang dikenakan kepada Datuk Seri Najib Razak, jasa dan pengorbanan bekas perdana menteri itu tidak boleh dilupakan.
Malah ramai yang suka dengan sikap peribadi Ahli Parlimen Pekan yang suka dan kerap menyantuni rakyat.
Abdul Jalil Abdul Aziz, 58, berkata, jika sebelum ini, dia hanya melihat wajah pemimpin itu pada poster dan di kaca televisyen namun teruja apabila berpeluang bersua muka dengan Najib.
‘’Saya rasa ini kali pertama sebab saya kejar dia, saya cari dia. ’Bangga dapat jumpa walau bekas pemimpin, saya tetap bangga kerana dia tetap pemimpin saya,’’ katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu, bagi pemilik warung roti canai, Affandy Shariff, 48, dia tidak pernah menyangka apabila warungnya menjadi pilihan pemimpin Barisan Nasional itu hadir ketika berkempen.
‘’Mula-mula tidak percaya, ingatkan mereka main-main kerana kita di kawasan Johor Bahru ini pun banyak tempat makanan tetapi bila mereka diconfirmkan, alhamdulilah.
“Terlalu indah kenangan ini kerana orang kenamaan dan pernah pegang title nombor satu negara,’”katanya.
Penduduk Taman Cempaka berkata demikian Ketika kunjungan Najib ke warong roti canai Fendi di Taman Cempaka, Kempas hari ini.
najib tiba di warung berkenaan pukul 9.30 pagi sebelum menghabiskan masanya kira-kira setengah jam bersama penduduk di situ untuk bersarapan.- MalaysiaGazette