Home Nasional Bas persiaran bawa 21 jemaah umrah terbabas di Kuala Krai

Bas persiaran bawa 21 jemaah umrah terbabas di Kuala Krai

PDRM
Penyamun maut terkena sabit sendiri.- Gambar hiasan.

KUALA KRAI – Sebuah bas persiaran yang membawa 21 penumpang jemaah umrah hilang kawalan sebelum terbabas dalam kejadian dekat Kampung Manek Urai Baharu, di sini, pada pukul 6.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohammad bagaimanapun berkata hanya tiga penumpang sahaja mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

“Bas berkenaan dalam perjalanan menuju ke Dataran Peladang, di sini, yang jaraknya 10 kilometer (km) dari lokasi kejadian untuk menghantar pulang jemaah dari Tanah Suci yang bertolak dar i Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian, bas yang membawa 11 wanita dan 10 lelaki itu hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan sebelah kiri menghala ke Kota Bharu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Suzaimi berkata ketika kejadian hujan lebat namun keadaan di lokasi adalah jalan lurus dan tiada air bertakung.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

— BERNAMA