KUALA LUMPUR – Balau Homes yang dibangunkan oleh Boustead Properties Berhad (Boustead Properties) merekodkan kadar jualan 90% bagi Fasa 1A1 dan 80% bagi Fasa 1A2. Fasa 1A1 sejak dilancarkan pada suku kedua tahun lepas, manakala pelancaran awal bagi Fasa 1A2 pada Januari 2022.
Balau Homes yang terletak di terletak di pembangunan bandar pintar Mutiara Hills di Semenyih terdiri daripada 230 unit kediaman bertanah yang terletak di Presint Utara, Mutiara Hills. Fasa 1A1 merangkumi 74 unit rumah dua tingkat berangkai yang dijangka siap menjelang 2023, manakala 66 unit bawah Fasa 1A2 akan siap pada 2024.
Dibina dalam enam fasa secara keseluruhannya, Balau Homes mempunyai nilai pembangunan kasar mencecah RM220 juta.
Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad Eason Phau berkata, dengan harga jualan bermula daripada RM469,650, Balau Homes meliputi kawasan binaan antara 1,512 kps hingga 2,158 kps, malah harga permulaan yang ditawarkan ‘sekali seumur hidup’ ini memberi pilihan kepada pembeli kali pertama.
Dengan lokasi yang lebih berdekatan dengan tasik buatan manusia yang indah di perbandaran ini, rumah dua tingkat berangkai Fasa 1A2 mempunyai harga jualan bermula daripada RM481,275. Fasa terbaharu di Balau Homes ini menampilkan reka bentuk dan susun atur yang luas, moden dan minimalis, sama seperti Fasa 1A1 yang digemari pembeli rumah.
Berlatarkan Banjaran Titiwangsa dan Bukit Broga yang serba indah, Mutiara Hills terletak kira-kira 40 minit dari Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kedudukannya tidak jauh dari pusat bandar yang sudah matang seperti EcoHills dan bersebelahan University of Nottingham, UK (Kampus Malaysia) dan institusi pendidikan lain seperti Tenby International School dan Kolej Tuanku Jaafar.
Bandar ini mudah diakses menerusi LEKAS, Lebuh Raya Cheras-Kajang, dan Lebuh Raya Sungai Besi yang menyediakan laluan trafik lancar ke bandar-bandar seperti Kajang, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan, Bukit Jalil, dan Puchong. – MalaysiaGazette