Home Nasional Tugas polis sudah selesai siasat anak taikun ditahan kerana dadah – Ayob...

Tugas polis sudah selesai siasat anak taikun ditahan kerana dadah – Ayob Khan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bercakap kepada media mengenai rampasan dadah jenis syabu dalam 'Op Tapis Khas Siri 2' ketika di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Tugas polis dalam kes melibatkan anak seorang tokoh perniagaan yang ditahan atas kesalahan dadah tiga tahun lalu hanya menyiasat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tanggungjawab polis selesai sejurus sahaja kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Mengulas lanjut katanya, Peguam Negara berkuasa sama ada membuat pendakwaan, meneruskan perbicaraan atau sebaliknya.

“Di pihak polis kita jalankan siasatan kita hantar kertas siasat kepada Pejabat Peguam Negara sama ada nak teruskan perbicaraan ini semua budi bicara Peguam Negara bukan tanggungjawab polis.

“Kalau nak tanya perincian tanya pejabat Peguam Negara kita punya tugas habis, kita hanya jalankan siasatan dan kertas suasatan itu tugas Pejabat Peguam Negara, mereka yang menentukan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah baru-baru ini yang menyatakan salah seorang anak lelaki seorang taikun ditahan atas kesalahan dadah pada 2019.

Namun portal tersebut mendakwa kes berkenaan ditutup oleh Peguam Negara pada waktu itu, Tan Sri Tommy Thomas. -MalaysiaGazette