Home Nasional Penjawat awam lesap RM711,626 angkara ‘pegawai mahkamah’

Penjawat awam lesap RM711,626 angkara ‘pegawai mahkamah’

Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai terlibat kes pukul dalam sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras pada Jumaat lepas.- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam mengalami kerugian sebanyak RM711,626 angkara individu yang menyamar sebagai ‘pegawai mahkamah’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, ACP Mohd Mahidisham Ishak, mangsa yang baru menyambut hari kelahiran ke-52 dua hari lalu telah menerima panggilan daripada seorang ‘Pegawai Mahkamah’ yang mendakwa beliau terlibat dalam jenayah rasuah dan penggubahan wang haram.

“Panggilan mangsa kemudiannya telah disambungkan kepada pihak ‘Polis’ dan diarahkan untuk membuat transaksi ke dalam 13 akaun yang berbeza bagi tujuan siasatan.

“Merasa takut, manga telah melakukan 74  transaksi sehingga berjumlah RM711,626.00 ke dalam akaun-akaun yang diberikan,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas sedar  ditipu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu),” tambahnya.

Berikutan itu, Mahidisham mengingatkan orang ramai supaya tidak secara mudah berkongsi akaun kepada pihak lain.

“Membuat semakan kepada balai-balai yang terdekat untuk memastikan butiran-butiran panggilan adalah benar dari pihak berkuasa dan buat panggilan semula kepada agensi berkenaan melalui talian rasmi,” katanya. – MalaysiaGazette