JOHOR BAHRU – Sebanyak tujuh kertas siasatan dibuka sepanjang empat hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula sejak Sabtu lalu.
Jurucakap media PRN Johor Ibu Pejabat Politik Kontinjen Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, ia membabitkan siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 24 (b) (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Dalam tempoh sama polis meluluskan sebanyak 36 permit ceramah di seluruh negeri ini.
“Polis menasihati supaya semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster, sepanduk, bendera dan kain rentang mana-mana parti dengan mencabut atau membakar.
Sebelum ini, terdapat insiden bendera parti dibakar di DUN Layang-Layang dan poster dirosakkan di DUN Tenggaroh. – MalaysiaGazette