KUALA LUMPUR – Pengendali Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) telah menolak hasrat sebuah kapal berbendera Rusia yang membawa bekalan minyak mentah untuk berlabuh di Malaysia pada 5 Mac ini.
Kementerian Pengangkutan berkata, memetik laporan media, kapal yang didaftarkan dengan nama Linda atau dikenali sebagai Lady M ini didakwa turut disenaraikan dalam sekatan.
Penolakan itu agar tidak melanggar sebarang sekatan sebagaimana yang menjadi prerogatif KLIP.
”MOT akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa untuk tindakan susulan yang mungkin diambil bersandarkan kepada dasar kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette