PRN Johor: Alagathiran Mahu Bantu Rancak Industri Pembangunan Perumahan, Pekerjaan

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Layang-Layang mahu bantu penduduk setempat kembali rancakkan industri pembangunan terutamanya mendirikan rumah mampu milik yang telah terhenti untuk hampir 30 tahun.

Kata K.Alagathiran yang merupakan seorang kontraktor sivil dan kali pertama bertanding sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beliau agak sedih kerana penduduk setempat di sini tidak pernah menikmati pembangunan pesat atau moden sekian lama malah untuk tempoh lama tidak ada rumah-rumah baharu didirikan.