Home Seni Hidup Saya tidak berlakon pengsan – Roslan Shah

Saya tidak berlakon pengsan – Roslan Shah

Roslan Shah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah menjelaskan insiden pengsan yang berlaku semasa siaran langsung program Wanita Hari Ini (WHI) adalah realiti.

Perkara itu dikongsikan Roslan yang mesra disapa Cik Lan menerusi beberapa coretan di Instagram miliknya.

Menurut Roslan, dia sama sekali tidak berpura-pura seperti yang didakwa segelintir pihak kerana tiada gunanya untuk melakukan perkara sedemikian demi meraih perhatian.

“Biarlah orang nak cakap apa… Yang penting kejadian apa yang berlaku mereka tahu.

“Bukannya dapat duit pun cik Lan berlakon… Biasalah mulut manusia. Cik Lan pun mohon maaf kepada pihak TV3.

“Tetapi mereka kata bukan salah Cik Lan…. Perkara dah jadi,” jelasnya di Instastory.

“Kalau cik Lan propa, kenapa pihak doktor TV3 mengesahkan yang cik Lan punya tekanan darah tinggi 220.

“Cik Lan tersedak, batuk dan terus pitam, dan dibawa ambulan pergi ke hospital. Apalah kamu semua ini cerita yang bukan-bukan.

“Kejadian tak pernah terlintas untuk propalah. Suka hati korang… Maaf cik Lan nak rehat ya,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di platform media sosial berkenaan selebriti tersebut pitam semasa siaran langsung program WHI.

Suasana studio dilihat agak sedikit panik dan pihak TV3 terus memberhentikan siaran buat seketika sebelum memberikan bantuan kecemasan kepada selebriti tersebut. – MalaysiaGazette