Home Nasional Banjir: Pemuda OKU hilang dikhuatiri lemas di Pasir Mas

Banjir: Pemuda OKU hilang dikhuatiri lemas di Pasir Mas

Seorang awak-awak warganegara Thailand dipercayai lemas selepas terjatuh dari bot nelayan ke dalam Sungai Kuantan semalam.- Gambar hiasan.

PASIR MAS – Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 20 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dan hilang ketika bermain air berdekatan rumahnya di Kampung Tok Sangkut, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, mangsa dikenali sebagai Muhamad Faizal Ab Rahman yang juga OKU yang mempunyai masalah pembelajaran dan operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan pada 12.20 tengah malam tadi, mengenai kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi itu.

“Mangsa dilapor bermain di hadapan kedai makan milik ibunya tanpa memakai baju dan berseluar hitam pendek berjalur kuning.

“Kehilangan lelaki itu disedari oleh ibunya, Che Fatimah Che Kob, 60, yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jeram Perdah kerana mengesyaki anaknya dihanyutkan air banjir yang melanda kawasan sekitar,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Bernama