Home Ekonomi IPG bulan Februari tidak diaktifkan

IPG bulan Februari tidak diaktifkan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan bagi bulan Februari 2022 kerana harga purata SMR20 FOB melepasi harga yang ditetapkan.

IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang cuplump berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah

Manakala untuk IPG lateks akan teraktif apabila IPG cuplump teraktif. Kadar IPG lateks adalah tetap pada kadar RM0.90 sekilogram lateks 100% Kandungan Getah Kering (KGK).

Lembaga Getah Malaysia (LPG) berkata, pada bulan Februari 2022, harga purata peringkat ladang bagi cuplump di Semenanjung adalah RM3.05 sekilogram;
Sabah (RM2.70 sekilogram) dan Sarawak (RM 2.80 sekilogram).

”Oleh yang demikian, tiada pembayaran dilakukan untuk tempoh bulan tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette