Home Utama Riot hadir di SPRM

Riot hadir di SPRM

PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot hari ini hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Riot yang berkemeja putih lengan panjang dan bertali leher merah tiba di bangunan itu kira-kira 10.03 pagi.

PUTRAJAYA, 29 Sept — Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot kelihatan hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini. Riot yang berkemeja putih dengan tali leher tiba di SPRM kira-kira 10.03 pagi, kelihatan tenang dan tersenyum. Video: Mazlan Samion

Posted by BERNAMA on Khamis, 28 September 2017

Beliau kelihatan tenang dan melontarkan senyuman kepada kumpulan warga media yang berada di perkarangan bangunan.

Riot kemudian dilihat mendaftar di kaunter di lobi bangunan itu sebelum diiringi oleh dua pegawai SPRM yang beruniform ke bahagian lain bangunan berkenaan.

Semalam, setiausaha politik kepada seorang menteri direman enam hari bagi membantu siasatan penyelewengan dana RM40 juta untuk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.- BERNAMA