ENGLAND – Kelab Serie A Itali, Inter Milan mengesahkan minat terhadap bintang tengah Arsenal, Mesut Ozil.
Pemain antarabangsa Jerman itu belum memperbaharui kontrak di Emirates.
Kontrak semasa bekas pemain Real Madrid itu akan tamat musim depan.
Sehingga hari ini Ozil belum diberi kata putus sama ada dia akan terus kekal di London utara menjelang akhir musim ini.
Pemain itu akan meinggalkan The Gunners lebih awal daripada dijangkakan.
Inter Milan yang mengintai secara dekat perkembangan pemain itu dijangka meletakkan bidaan pada Januari 2018.
Sepanjang lima musim lepas kelab gergasi Serie A itu melabur tinggi dalam mendapatkan pemain berkelas dunia selepas kelab itu dibeli oleh syarikat konsortium China.
Inter Milan kini mensasarkan beberapa pemain ternama untuk memperkuatkan pasukan bagi mencabar juara bertahan Serie A Juventus.
Prsiden Inter, Erick Thohir mengesahkan kepada Metrotv.news.com; “Dia (Ozil) sememangnya salah seorang pemain ternama yang kita sedang buru secara serius.
“Tetapi pembelian pemain seperti LUkas Podolski dan Xherdan Shaqiri membuktikan pembelian pemain pada musim sejuk Januari sememangnya gagal,” katanya.
Selain Ozil, rakannya Alexis Sanchez juga dijangka tidak akan meneruskan kontrak bersama the Gunners menjelang tahun 2018.- MalaysiaGazette