Home Sukan Guardiola takut dipecat jika gagal julang piala

Guardiola takut dipecat jika gagal julang piala

Pep Guardiola mengakui kedudukannya di Etihad tidak selamat dan berisiko dipecat jika gagal menghadirkan sebarang piala untuk Manchester City musim ini. the Sun

ENGLAND – Pep Guardiola bimbang dirinya akan dipecat oleh Manchester City sekiranya gagal menjulang mana-mana kejuaraan musim ini.

Manchester City yang memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baik pda musim lalu, menag lima daripada enam aksi pembukaan dan menjaringkan 21 gol.

Bercakap kepada Pertunjukkan EPL dalam BBC, Guardiola berkata; ” Kami akan dihakimi jumlah gelaran yang dirangkul kelab.

“Jika tidak kami akan dianggap kelab yang gagal dan kami menyedari hakikat tersebut.

“Saya gembira berada di sini tetapi bergantung kepada sukses yang akan dibawa kelab ini.

“Dengan kelab besar seperti Manchester City, jika kamu tidak boleh menang sebarang gelaran, ia bererti kedudukan kamu tidak selamat,” katanya.

Bekas Pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu juga mengakui kelabnya menagih kemenangan trofi musim ini selain membincangkan kesukaran untuk memastikan pasukannya gembira.

“Pintu saya sentiasa terbuka 24 jam. tetap jika ditanya kenapa mereka tidak bermain, jawapan saya adalah tidak pasti

Manchester City membelasah Crystal Palace 5-0 pada aksi EPL minggu lalu dan akan bertandang ke Stamford Bridge untuk berdepan Chelsea dalam aksi kritikal.

“Saya dapat merasakan bahawa kami akan pergi sana dan menjaringkan gol, musim lalu kami tak dapat melakukannya.

“Manchester United bermain bola hantaran jauh dan saya menghormati untuk kelab jiran itu,” katanya.

Beliau mengakui berdepan kesukaran untuk membincangkan masa depannya di Etihad dan dia tidak pasti apa yang akan berlaku selepas ini.

Beliau juga meluahkan impiannya untuk menguruskan pasukan kebangsaan Sepanyol suatu hari nanti.

“Saya ingin menjadi pengurus pasukan kebangsaan di Piala Dunia, Piala Eropah dan ingin merasainya,” katanya.- MalaysiaGazette