KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas, Datuk Islandar Abdul Samad, menasihat mana-mana pihak agar tidak mengeruhkan keadaan berhubung isu pengharaman pesta arak baru-baru ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Semua pihak diminta tidak mengeruhkan lagi isu pengharaman pesta arak baru-baru ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Naib Presiden Pas, Datuk Islandar Abdul Samad berkata, mereka harus mengambil sikap rasional berhubung isu pengharaman pesta arak dan tidak bertindak melulu membuat kenyataan.
“Ini bukan isu yang remeh. Ia tidak akan pergi begitu sahaja.
“Ia adalah masalah kita bersama yang perlu ditangani dengan bijaksana. Jangan menyimbah minyak pada api (yang marak),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, sensitiviti agama di negara ini harus dipelihara sepenuhnya demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat pada masa akan datang.
“Apabila ada yang telah hilang keyakinan terhadap sistem yang sedia ada kerana merasakan agama dan sensitiviti mereka tidak lagi dihormati walhal mereka telah cukup bertolak ansur maka ini bukan satu berita yang baik untuk kestabilan dan masa depan negara kita,” kata yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar.
Kata-kata itu dizahirkan Iskandar sehari selepas seorang exco kanan DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengecam Pas tentang isu berkenaan.
Menurut Chang Khim, Pas tidak jadi penyibuk dalam isu penganjuran pesta arak di negeri itu.
“Pas melompat dalam isu pesta arak macam orang mabuk. Saya yang minum (arak), kenapa dia (pemimpin Pas) yang mabuk? Kenapa Pas hendak sibuk?,” katanya.
Pas sebelum ini bertindak menentang habis-habisan mengenai penganjuran pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF 2017) yang dijadual diadakan di ibu negara Oktober depan.
Antaranya Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyifatkan pengajuran itu tidak bermoral dan merosakkan rakyat.
DBKL sebelum ini bertegas menolak permohonan penganjuran BBF17 yang diterima 28 Ogos lalu selain memberi amaran mengambil tindakan undang-undang jika penganjur meneruskan aktiviti itu. -MalaysiaGazette.
Minum arak adalah hak persendirian. Bukan untuk berpesta terbuka. Mohon buktikan berpesta arak secara terbuka beri kebaikan untuk pembangunan modal insan generasi muda dan kemajuan negara..
Chang Kim memang dah mabuk, campak je ke laut!
Tau pula lu tak bagi PAS jadi penyibuk. Masa akta RUU nak dibentangkan dulu, kenapa lu punya puak jadi penyibuk? Jenis bangang punya exco