SIMPANG RENGGAM – Apabila kuasa ada dalam tangan, janji kepada pengundi yang sepatutnya menjadi amanah dilupakan.
Itu sikap rata-rata pemimpin yang dahulunya pembangkang dan kini menjadi sombong dan angkuh.
Malah ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN) selepas lebih 60 tahun mentadbir negara pada Pilihan Raya (PRU-14), macam-macam tuduhan dan cercaan dilontarkan.
Namun akhirnya pengundi hanya dapat pengumuman ‘manifesto itu bukan kitab suci’, katai Ahli Parlimen Jempol merangkap Ketua Bahagian UMNO Jempol, Datuk Mohd Salim Sharif Hadir .
Beliau berkata, beliau ketika itu bersama-sama pemimpin UMNO dan BN terpaksa melalui detik-detik memalukan apabila seringkali menjadi bahan di Parlimen yang sepatutnya menjadi medan untuk terus memperkasakan kehidupan rakyat.
“Lebih 60 tahun kita teraju negara, mereka kata semua itu dusta. Apakah selama puluhan tahun kita kecapi pelbagai kemajuan, perpaduan, keharmonian, kestabilan itu katanya dusta? Apa pula pencapaian golongan yang bercakap ini?
“UMNO lahir di sini (Johor) jangan kerana marahkan hanya segelintir pemimpin semua sekali kena tempiasnya, kerana marahkan nyamuk kelambu yang dibakarnya,” katanya ketika menemui pekebun kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang hari ini.
Menurut Mohd. Salim, para pemimpin BN dihina di Parlimen namun apabila mereka memerintah, mereka menghina rakyat dengan pelbagai perkara.
“Katanya dapat tol percuma dan pendidikan percuma akhirnya hanya dapat beri ‘kasut hitam’ sahaja. Dakwa mereka GST itu membebankan, tukar SST harga barang turun, apakah itu berlaku? Bila kita tanya, mereka hina kita.
“Hina kita dengan beri e-wallet bernilai RM30, banyak itu sahaja ke nilai kita?
“Kekalahan BN pada PRU-14 hanya kerana sentimen kebencian dan penipuan kononnya mereka (pembangkang) boleh buat jauh lebih baik dari BN, itu sahaja. Tapi akhirnya cakap manifesto itu bukan kitab suci, tidak perlu ikut semuanya.
“Kini mereka hadir lagi, buat lagi janji, betul-betul mengecewakan kerana mangsakan pengundi-pengundi kita,” katanya.
Justeru, Mohd Salim berharap para pengundi akan celik dan nampak ‘permainan’ pihak lawan yang hanya bermodalkan sentimen kebencian tanpa sedikit usaha berjuang untuk rakyat.
“Jangan kita gadaikan lagi masa depan kita, cukuplah sekali itu. Saya maklum pengundi kini jauh lebih bijak dalam menilai. Ramai juga pengundi berjumpa saya meluahkan kesilapan mereka mengundi pada pilihan raya lepas,” katanya.- MalaysiaGazette
Dgr nma Umno ja dh nk muntah…memalukan orng Melayu ja.. Sekarang rakyat boleh pilih Pejuang sngai gnti umno pas berstu