Home Dunia New Zealand gubal undang-undang untuk sekat Rusia

New Zealand gubal undang-undang untuk sekat Rusia

Jacinda Ardern Perdana Menteri New Zealand.- foto Agensi

WELLINGTON – Kerajaan New Zealand akan memperkenalkan undang-undang baharu untuk mengenakan sekatan terhadap Rusia.

Tindakan itu susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan jika diluluskan, ia kali pertama New Zealand mengenakan sekatan secara individu ke atas sesebuah negara.

Perdana Menterinya,  Jacinda Ardern berkata, sekatan itu akan membekukan aset Rusia di New Zealand, menghalang orang dan syarikat daripada memindahkan wang dan aset mereka untuk melepaskan diri daripada sekatan yang dikenakan oleh negara lain dan menghalang kapal dan pesawat daripada memasuki negaranya.

Kerajaan New Zealand juga telah mengeluarkan senarai yang melarang sebanyak 100 individu daripada melancong ke negara tersebut.

“Akhirnya jika kami mempunyai majlis keselamatan yang lebih berfungsi, kami tidak akan menghadapi masalah ini sejak awal,” katanya.

Dalam pada itu, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah mengundang kecaman hampir  seluruh dunia dan mencetuskan sekatan menyeluruh Barat terhadap Rusia bagi melumpuhkan ekonominya.- CNA NEWS (https://www.channelnewsasia.com/world/new-zealand-expands-sanctions-russia-over-ukraine-invasion-2544076)