Home Politik UMP sahkan Hairi lanjut pengajian Sarjana

UMP sahkan Hairi lanjut pengajian Sarjana

JOHOR BAHRU – Pendidikan Lanjutan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Education mengesahkan calon N44 Larkin, Mohd Hairi Mad Shah merupakan pelajar mereka yang sedang menjalankan pengajian dalam bidang Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan.

Hairi mendaftar dan memulakan pengajian pada 26 September 2020 dan tempoh pengajiannya sehingga April 2022, kata Madyasir Ahmad Basir, Ahli Lembaga Pengarah UMP.

”Setelah meneliti semula, punca kesalahfahaman isu ini adalah apabila poster Hairi yang belum lengkap (draft version) telah disebarkan sebelum lengkap disunting.

”Dalam versi draf, perkataan Dalam Pengajian tiada dalam poster. Namun, dalam versi akhir dan versi yang disebarkan secara rasmi kepada pengundi, perkataan Dalam Pengajian ada dalam poster,” katanya.

Madyasir berpandangan, isu ini tidaklah sebesar mana seperti yang cuba digembar gembur oleh beberapa pihak.

Sebaliknya, ia sekadar kesilapan teknikal yang mungkin berlaku dalam kalangan pasukan kempen Hairi.

”Eloknya, isu ini tidak disebar luaskan lagi bagi memastikan nama baik semua pihak terpelihara,” ujar beliau. – MalaysiaGazette