Home Dunia Ekonomi Jepun terjejas akibat varian Omicron

Ekonomi Jepun terjejas akibat varian Omicron

Fumio Kishida Perdana Menteri Jepun. foto- Reuters

TOKYO – Indeks indikator ekonomi Jepun jatuh 0.5 mata pada bulan Januari lalu berbanding bulan sebelumnya akibat penularan  varian Omicron yang menjejaskan pemulihan ekonomi.

Indeks yang menurun kepada 94.3 pada Januari lalu termasuk data keluaran kilang, pekerjaan dan jualan runcit yang turun, kata Pejabat Kabinet Kerajaan Jepun.

Malah, indeks penunjuk ekonomi utama, pengukur ekonomi beberapa bulan akan datang yang disusun daripada data seperti tawaran pekerjaan dan sentimen pengguna telah jatuh 1.0 mata kepada 103.7.- CNA NEWS- (https://www.channelnewsasia.com/business/japan-jan-coincident-index-down-05-point-govt-2547531)