Home Nasional Karnival Kerjaya Jamin Kerja kini di Kota Tinggi

Karnival Kerjaya Jamin Kerja kini di Kota Tinggi

Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 peringkat Johor kini diteruskan ke Daerah Kota Tinggi yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Kg Felda Air Tawar 3, pada 10 Mac 2022 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk merebut peluang pekerjaan daripada majikan-majikan yang mengambil bahagian.

• Temu duga secara langsung.
• Bantuan untuk pendaftaran Portal Pekerjaan Negara MYFutureJobs.
• Bengkel resume, taklimat kerjaya serta banyak lagi menanti anda.

Demi membantu mengurangkan kadar pengangguran dan merancakkan pemulihan ekonomi negara, lebih banyak tawaran kerja menanti Keluarga Malaysia menerusi penganjuran siri Karnival Kerjaya Jamin Kerja seperti ini yang akan dilaksanakan di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Justeru, nantikan kedatangan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia ke kawasan berhampiran anda! Daftar di myfuturejobs.gov.my/careerfair

#KementerianSumberManusia
#KSM
#PERKESOPrihatin