Home Ekonomi RON 97 naik 30 sen, RM3.75 seliter

RON 97 naik 30 sen, RM3.75 seliter

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 30 sen seliter kepada RM3.75 seliter berbanding RM3.45 seliter bagi tempoh 10 Mac hingga 16 Mac 2022.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal masing-masing dijual pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism. – MalaysiaGazette