Home Asnb 1.5 juta pemegang unit PNB berusia 18 tahun ke bawah

1.5 juta pemegang unit PNB berusia 18 tahun ke bawah

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar bergambar dengan Juara Pertandingan Seni Kreatif Peringkat Kebangsaan yang dimenangi murid-murid Sekolah Kebangsaan Lereh, Melaka pada Majlis Penutup Fiesta Labur PNB di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 01 OKTOBER 2017

PUTRAJAYA – Seramai 1.5 juta pelabur atau 11.4 peratus pemegang unit saham amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) berusia enam hingga 18 tahun dengan nilai pelaburan sebanyak RM6.746 billion.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar menjelaskan, generasi dalam lingkungan umur itu merupakan antara sasaran PNB dalam progam Didik Pelabur yang dianjurkan setiap tahun.

“Sebagai sebuah intitusi yang diberikan mandat untuk mengurus dan mengukuhkan ekuiti Bumiputera di negara ini, kami mahu memainkan peranan yang penting dalam usaha melahirkan generasi muda yang bijak mengurus wang,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Fiesta Labur PNB 2017 hari ini.

Acara selama empat hari yang dianjurkan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar berucap pada Majlis Penutup Fiesta Labur PNB di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 01 OKTOBER 2017

Abdul Wahid turut meluangkan masa menyaksikan dan menyampaikan hadiah bagi pemenang pertandingan Seni Kreatif Peringkat Kebangsaan.

Tempat pertama dimenangi Sekolah Kebangsaan (SK) Lereh, Melaka, kedua SK Jelawat 2, Kelantan dan tempat ketiga SK Zainab 1, Kelantan. – Malaysia Gazette