Home Utama PM ajak semua pihak doakan mangsa tanah runtuh di Ampang dapat diselamatkan

PM ajak semua pihak doakan mangsa tanah runtuh di Ampang dapat diselamatkan

Tanah runtuh bukit permai
Anggota penyelamat dari pelbagai agensi bertungkus-lumus dalam operasi cari dan selamat kejadian tanah runtuh ketika tinjuan Malaysia Gazette diTaman Bukit Permai2 Ampang, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 10 MAC 2022

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama mendoakan mangsa-mangsa yang masih dicari dalam kejadian tanah runtuh di  di Taman Bukit Permai 2, Ampang dapat diselamatkan.

Dalam kenyataan ringkas di laman Facebook, Ismail Sabri berkata beliau mendapat berita sedih mengenai kejadian tanah runtuh itu yang mengakibatkan empat mangsa dipercayai tertimbus, membabitkan 15 rumah dan 10 kenderaan.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat terus melakukan kerja-kerja menyelamat secara pantas dan dalam usaha mencari mangsa,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi ketika ini mendapati pasukan penyelamat yang terdiri daripada bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Rakyat sedang sibuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan masih belum ditemukan.

— BERNAMA