KUALA LUMPUR – Dari zaman anak dara hingga bergelar ibu kepada empat orang anak, wanita ini gemar memakai produk lulur badan buatan sendiri keluarganya sekadar untuk suka-suka.
Dan pada usia 29 tahun, Norain Ngah telah mencipta rasa cemburu dalam diri kaum wanita sendiri.
Apa tidaknya, dia kini memiliki potongan badan yang langsing selain kulit wajah yang halus lagi menawan.
Lantaran itu, sejak setahun lalu, dia memenuhi permintaan rakan-rakan dengan menjual produk lulur itu.
Dengan dikenali sebagai Slimming Scrub Beauty (SBB), siapa sangka produk herba hasil resipi turun temurun itu telah mengubah hidupnya.
Daripada tinggal di rumah flat, Norain dan keluarga bakal berpindah ke rumah banglo selain mampu memandu kereta mewah dan memiliki beberapa kereta lagi.
Malah dia yang sebelum ini menjadi suri rumah sepenuh masa kini bergelar usahawan berjaya selain suaminya tidak lagi bekerja di pasar malam.
Hari ini, Norain memiliki lebih 300 ejen di seluruh negara di bawah syarikatnya iaitu Ain Alieya Resources.
“Mula-mula ramai yang tanya apa rahsia badan langsing macam anak dara. Saya cuba jual set percubaan sekadar suka-suka dan ramai memuji ia berkesan dan ulang beli lagi.
“Akhirnya jualan saya pernah melebihi 10,000 unit hingga terpaksa menghasilkannya dengan menggunakan mesin pula berbanding mesin pengisar sebelum ini.
“Saya juga terpaksa membuat pembungkusan baru dengan bekas yang lebih cantik dan menarik untuk tarikan kepada pelanggan,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.
Norain berkata, SSB yang merupakan produk herba hasil resipi turun temurun keluarga itu mengandungi minyak akar kayu, minyak zaitun, rempah ratus, buah manjakani selain cengkih sebagai bahan utama.
Jelasnya, kebaikan produk itu mampu mengecut peranak buat kaum wanita, sekali gus melangsingkan badan namun tetap sesuai dengan untuk kaum lelaki membuang angin dalam badan.
Ujarnya, kanak-kanak yang mengidap asma turut sesuai mengamalkan produk SBB.
“Cara memakainya sangat mudah kerana iaitu dua kali sehari selepas mandi dan pengguna akan merasa badan sekejap di bahagian yang disapu SBB.
“Ia boleh disapu di seluruh badan dan satu bekas SSB mampu dipakai antara sebulan hingga dua bulan mengikut cara penggunaan,” katanya yang mengakui produk tunggalnya itu sudah memasuki pasaran Brunei dan Singapura.
Norain yang dibantu suaminya, Mohd. Fairul Nizam Abd. Rashid sebagai Pengurus Operasi yakin produk SSB itu dapat dijual melebihi 100,000 unit menjelang hujung tahun ini.
Jelas beliau, pihaknya juga merancang untuk memperkenalkan produk lulur baharu lain namun semuanya akan muncul di pasaran pada awal tahun depan.
Ketika ini, SSB dijual pada harga promosi RM46 berbanding harga asal RM79.
Mereka yang berminat menjadi ejen atau mendapatkan SSB itu, boleh menghubungi talian 011-29272413. – MalaysiaGazette