Home Ekonomi Inflasi AS melonjak 8% dorong pasaran global susut

Inflasi AS melonjak 8% dorong pasaran global susut

Gambar hiasan di Bursa New York. foto Reuters

NEW YORK – Pasaran saham global merosot pada Khamis apabila inflasi Amerika Syarikat (AS) mencecah hampir 8%, menjadikannya hampir pasti Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah minggu depan.

Manakala Bank Pusat Eropah (ECB) pula sedang menyegerakan penamatannya program rangsangan secara besar-besaran.

Data menunjukkan inflasi pengguna AS bergerak pada 7.9% pada bulan Februari, peningkatan tahunan terbesar dalam 40 tahun menyebabkan Wall Street jatuh.

Sementara itu, pasaran menjangkakan bank pusat akan menaikkan kadar dana Rizab Persekutuan sebanyak 25 mata asas pada akhir mesyuarat dasar monetari minggu depan.

Data Indeks Harga Pengguna (CPI) mencadangkan Jawatankuasa Monetari Persekutuan (FOMC) boleh bergerak “dengan lebih agresif” untuk membendung inflasi , seperti yang dijanjikan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell minggu lepas.

ECB pada awal sesi berkata, ia akan berhenti mengepam wang ke pasaran kewangan pada musim panas ini, membuka jalan untuk kenaikan kadar faedah kerana inflasi yang melambung tinggi mengatasi kebimbangan mengenai kesan daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Rundingan antara Ukraine dan Rusia pada Khamis gagal membawa sebarang penangguhan dalam konflik itu, yang telah memerangkap ratusan ribu orang awam di bandar-bandar Ukraine yang berlindung di tengah-tengah serangan udara dan tembakan Rusia.

Saham MSCI di seluruh dunia (MIWD00000PUS) susut 0.19% pada 5.12 petang EST (2212 GMT).

Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) jatuh 112.18 mata, atau 0.34%, kepada 33,174.07, S&P 500 (SPX) susut 18.36 mata, atau 0.43%, kepada 4,259.52 dan Nasdaq Composite (IXIC) turun .9.25% kepada 5.9.25,581,925.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah (STOXX) susut 1.69%.

Indeks dolar (USD) meningkat 0.554%, dengan euro (EUR) naik 0.04% kepada $1.0987.

Hasil pada nota Perbendaharaan 10 tahun (US10YT=RR) naik 6.3 mata asas kepada 2.011% selepas mencecah 2.021%, paras tertinggi sejak 17 Februari. – Reuters (https://www.reuters.com/markets/europe/global-markets-wrapup-1-2022-03-10/)