JOHOR BAHRU – Selepas 14 hari melalui tempoh berkempen, hari ini rakyat di negeri Johor keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka di 56 kerusi Dewan Undangan (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 untuk tempoh lima tahun.
Sebanyak 2,597,742 pengundi berdaftar bagi PRN kali ini dengan 10,955 pengundi terdiri daripada petugas tentera dan pasangan manakala 11,576 anggota polis telah menunaikan tanggungjawab mengundi awal pada 8 Mac lalu.
Seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut 56 kerusi DUN .
DUN Johor dibubar pada 23 Januari lalu dan penmaan calon telah berlangsung pada 26 Februari 2022. – MalaysiaGazette