Home Politik Tidak rasmi: MCA kalahkan DAP di Yong Peng

Tidak rasmi: MCA kalahkan DAP di Yong Peng

Bendera Barisan Nasional (BN) bekirbar ditiup angin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sekitar Taman Buaya Teluk Sengat, Johor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 06 MAC 2022.

AYER HITAM – Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon Barisan Nasional di DUN Yong Peng, Ling Tian Soon sedang mendahului pencabar terdekat dari Pakatan Harapan (PH) dengan kiraan sebanyak 8,611.

Manakala PH yang calonnya dari DAP jauh ke belakang dengan undian 6,435 dan Perikatan Nasional (PN) pula 1,437.

Ling Tian Soon.

MCA sebentar tadi juga telah mengumumkan kemenangan dikuti sorakan lebih 200 orang di pusat kiraan parti itu di Yong Peng.

Yong Peng adalah kerusi pengundi campuran dengan 60 peratus Cina, 32 peratus Melayu dan tujuh peratus pengundi India.

Tian Soon berdepan dua pencabar iaitu Alan Tee (PH) dan Yong Fui Ling (PN).
MalaysiaGazette

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette