Home Politik Untuk kali kelima Shamsolbari menang DUN Semarang

Untuk kali kelima Shamsolbari menang DUN Semarang

Shamsolbari menang kali ke-5 DUN Semarang.

AYER HITAM – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N20 Semarang sekali lagi menjadi milik Barisan Nasional (BN) dengan calonnya, Datuk Shamsolbari menang besar 5,852 undi sebentar tadi mengalahkan tiga lagi pencabarnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Untuk makluman, ini juga merupakan kemenangan ke-5 berturut-turut oleh Shamsolbari.

Apa yang lebih manis apabila kedua-dua DUN yang terletak di bawah Parlimen Ayer Keroh iaitu Yong Peng N19 dan Semarang N20 menang dengan begitu bergaya hari ini.

Sebentar tadi selepas kiraan selesai di pusat khidmat UMNO Semarang yang turut di hadiri oleh Shamsolbari, sorakan penyokong di susuli lagi Barisan Kita.

Ketika bercakap dengan MalaysiaGazette, Shamsolbari kelihatan sedikit beremosi namun berkali-kali mengucapkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penduduk Semarang dan BN.

“Alhamdulilah, Semarang telah memilih BN, ini adalah mandat yang besar maknanya kepada saya, kerajaan Johor dan BN.

“Saya tidak akan mensia-siakan amanat dan mandat para pengundi saya, saya bertekad untuk bekerja dengan lebih kuat dan melakukan yang terbaik di Semarang selain cemerlang dalam kepimpinan berorientasikan perkhidmatan dan kebajikan,” katanya di Pusat Khidmat DUN Semarang di sini hari ini.

Mengikut undian tidak rasmi, tempat kedua di menangi oleh calon Perikatan Nasional (PN), Shazani A Hamid di ikuti Haryati Abu Nasir dari PKR dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Adzlan Raju hilang deposit dengan 4 undi sahaja.

Pada PRU-14, Samsol Bari memenangi kerusi DUN Semarang dengan undi 10,751 dan majoriti 5,842 menewaskan Zais Mohd Akil (PKR) dan Mohd Bakri Samian daripada Pas. -MalaysiaGazette