MUAR – Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja dengan majoriti 4,223 undi.
Keputusan berkenaan diperoleh bersandarkan kiraan undi tidak rasmi.
BN meletakkan calon Rashidah Ramli di DUN berkenaan bagi berdepan saingan empat penjuru termasuk calon daripada Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Fikri Musa, Zulkifli Mat Daud (Perikatan Nasional) dan Lateef Mahrani (Parti Pejuang Tanahair).
Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi BN di DUN Penggaram apabila tertinggal jauh dengan Pakatan Harapan yang memperoleh 10,652 undi.
Perikatan Nasional memperoleh 3,334 undi dan bebas 1,361 undi.
Jumlah majoriti yang diperoleh PH adalah 5,094.
Bagaimanapun pengiraan itu adalah berdasarkan 78 daripada 123 saluran mengundi.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi DUN Penggaram menyaksikan saingan empat penjuru antara Ter Hwa Kwong (BN) dan Sia Wee Yet (PN), Gan Peck Cheng (PH) serta Zahari Osman (Bebas).
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, DUN Penggaram dimenangi Gan daripada DAP selepas mengalahkan calon BN, Kang Ben Kuan dengan majoriti 17,205 undian. – MalaysiaGazette