MUAR – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, DatukĀ Mohd Puad Zarkashi diumum menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.
Calon Barisan Nasional (BN) itu menang dengan majoriti 2,039 undi di semua 50 saluran.
Beliau mendapat 7,890 undi manakala, pencabarnya Mohd Huzair Lajis, Perikatan Nasional (PN) mendapat 5,851 undi, Khairudin A Rahim (PKR) 1,996 undi dan Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir (Pejuang) 202 undi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerusi DUN berkenaan dimenangi oleh calon BN, Ayub Jamil yang memperoleh 9,642 undi bagi menewaskan dua calon lain.
Calon PKR ketika itu, Malik Faishal Ahmad memperoleh 5,470 undi, manakala calon Pas, Mohd. Tumiran Ahmad memperoleh 2,313 undi.
Sementara itu, calon BN bagi kerusi DUN Seri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan menang selesa apabila mendapat sebanyak 13, 165 undi.
Beliau memperoleh majoriti 6,274 dariada keseluruahn 63 saluran mengundi.
Beliau menewaskan Othman Kepol (PN) 6,891 undi, Azmi Masrani (PKR) 1,567 dan Mohd Firdaus Abdul Malek (Pejuang) 159 undi. – MalaysiaGazette