Home Utama BN menang lebih 50% kerusi – SPR

BN menang lebih 50% kerusi – SPR

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) menjunjung tangan Pengerusi BN Johor merangkap calon BN N.53 Benut, Datuk Hasni Mohammad sebagai tanda meraikan kemenangan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di BN Command Center, Johor Bahru. Foto FAREEZ FADZIL, 12 MAC 2022.

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional berjaya memenangi sejumlah 29 kerusi daripada daripada 56 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat jam 11.05 malam tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, dengan kemenangan itu BN memperolehi majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Menurutnya, proses pengundian bagi PRU Dewan Undangan Negeri Johor Ke-15 telah berjalan dengan baik dan lancar. – MalaysiaGazette