Home PRN Johor PRN Johor: BN kuasai 40 daripada 56 kerusi – SPR

PRN Johor: BN kuasai 40 daripada 56 kerusi – SPR

Para penyokong meraikan kemenangan besar keputusan tidak rasmi yang dipaparkan pada skrin sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di BN Command Center, Johor Bahru. Foto AMIRUL SHAUFIQ 12 MAC 2022

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) menguasai keputusan Pilihan Raya (PRN) Johor dengan memenangi 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Daripada jumlah itu, UMNO menyumbang 33 kerusi, MCA (4) dan MIC (3).

Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya menang 13 kerusi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pada PRU Dewan Undangan Negeri Johor Ke-15 kali ini, seramai 1,426,573 orang atau 54.92 peratus telah keluar mengundi.

Jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi. – MalaysiaGazette