Home Politik Tan Chong fokus rumah mampu milik, eko pelancongan di Bekok

Tan Chong fokus rumah mampu milik, eko pelancongan di Bekok

ADUN Bekok yang baharu, Tan Chong bercakap kepada media selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Hotel Trove, Johor Bahru. Foto FAREEZ FADZIL, 13 MAC 2022.

JOHOR BHARU – Janji untuk membina rumah mampu milik dan memajukan eko pelancongan khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok merupakan keutamaan Tan Chong sebagai wakil rakyat baharu.

Beliau yang bertanding buat kali ketiga untuk kerusi DUN tersebut ingin membangunkan lebih banyak rumah mampu milik untuk kemudahan golongan muda selain ingin memajukan sektor eko pelancongan.

Menurutnya, melalui Program Jom Balik Bekok yang diperkenalkan tahun 2015 dan 2016 hampir 30 bas pelancong datang ke Bekoh dalam sehari.

“Lepas satu minggu pelaksanaan Jom Balik Bekok, 100 bas masuk ke kawasan sini dan menjadi satu punca meningkatkan pendapatan penduduk setempat,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Namun pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2018, berlaku peralihan kuasa pimpinan di Johor yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Labis yang tidak memegang janji sebagai kerajaan dan sejak itu tiada lagi usaha membangunkan eko pelancongan di kawasan tersebut.

“Mereka (PH) hanya membiarkan usaha yang kita buat selama ini pergi begitu sahaja dan kini saya komited akan bangunkan semula Bekoh” katanya.

Sebelum menjadi wakil rakyat, Tan Chong sudah pun tampil membantu masyarakat lebih-lebih lagi ketika DUN Labis berhadapan pandemik Covid-19.

Semasa vaksin mula diperkenalkan, katanya, tiada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Labis kerana lokasi terdekat hanya ada di Segamat.

Namun atas kerjasama beliau dan Ketua MCA Labis, Chua Tee Yong, mereka berhubung dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk membuka Pusat Pemberian Vaksin di Bekok dan memudahkan penduduk mendapatkannya pelalian.

Tan Chong mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, memperoleh majoriti 3,569 undian mengalahkan ketiga-tiga pencabarnya dari PH, Perikatan Nasional (PN) dan Warisan.

Beliau menewaskan M. Kanan dari DAP dengan dengan 3,467 undian, Tan Lek Khang dari PN dengan 2,881 undian dan A. Sandara Segaran dari Warisan yang mendapat 330 undian.- MalaysiaGazette