Home Ekonomi Petronas pasang reaktor EO antara terbesar dunia

Petronas pasang reaktor EO antara terbesar dunia

Kompleks Bersepadu Petronas (PIC)

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) telah memasang dua reactor ethylene oksida (EO), antara reaktor EO terbesar di dunia yang dipasang di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Johor.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, Petronas berkata, setiap satu reaktor tersebut setinggi 25.5 meter dengan berat 1,202 tan.

“Kejayaan pemasangan reaktor ini menunjukkan prohek PIC adalah berada di landasan sebenar untuk memulakan penyulingan pertama pada suku pertama 2019,” kata  Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Refinery and Pertrochemical Corporation (PRPC) Sdn. Bhd., Ir. Dr. Colin Wong Hee Huing.

Menurut Wong, keseluruhan progress pembangunan PIC telah mencapai 74.3 peratus siap setakat Ogos 2017.- MalaysiaGazette