Keputusan Pas untuk bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak merugikan parti itu, bahkan berjaya meningkatkan sokongan dan jumlah undi.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim berkata, jika undi pembangkang bersatu, BN tidak akan menang di negeri itu.