KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mahu melihat mood Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 terlebih dahulu sebelum bersetuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat.
“Kita tengok dulu mood persidangan yang bakal diadakan pada hari esok dan lusa” kata Ahli Parlimen Pekan dan bekas Perdana Menteri itu.
Beliau ditemui semasa hadir pada Majlis Perasmian Serentak Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini malam ini.
Apa pun, kata Najib, sebarang keputusan kena dibuat berdasarkan kepentingan semua pihak.
“Yang penting sekarang ni, apa-apa pun keputusannya, ia mesti berdasarkan kepentingan parti dan negara,” katanya. –MalaysiaGazette.