KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mendengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan mengenai tarikh dan masa sesuai mengadakanPilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) kelak.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu memerlukan masa sehingga kesihatan awam stabil sebelum apa-apa keputusan diambil.
“Saya lihat semangat presiden parti betul, walaupun dari segi akar umbi UMNO menghendaki PRU-15 lebih awal tapi akhirnya dia kata serah pada PM dan beliau akan ambil kira pandangan bukan sahaja soal pemulihan negara.
“Perjanjian pembangkang untuk reformasi instutusi tapi juga saya percaya PM akan dengar pandangan KKM berkenaan kesihatan awam kita. Kita akan masuk fasa peralihan endemik tapi lebih baik kita tangguh dulu perkara yang merumitkan ini dan PRU adalah perkara yang boleh kita tangguhkan dulu sehingga keadaan kesihatan awam
“Kita akan masuk fasa perakalihan endemik. tapi lebih baik kita tangguh dulu perkara yang merumitkan ini dan PRU15 adalah perkara yang boleh kita tangguhkan dulu sehingga keadaan kesihatan awam yang lebih stabil,” katanya dalam sidang media di Laman Media sempena Perhimpunan Agong UMNO (PAU2021), hari ini.
Malam tadi, Ismail Sabri berkata mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan tidak membincangkan isu berkaitan PRU-15.
Khairy dalam masa yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada Ismail Sabri kerana memahami keadaan yang melanda negara kini.
“Saya fkir itu adalah perkara yang wajar dibuat,” jelas Khairy lagi.
Dalam pada itu, Khairy berkata, KKM sedang memantau penularan varian Omicron di negara ini ekoran terdapat terdapat sub unit daripada varian itu kini.
“Kalau kita tengok kepada negara-negara Eropah dia punya kadar jangkitan mula turun tapi dah mula naik balik. United Kingdom pun mula naik balik, jadi saya nak tengok lepas 1 April, apabila kita ada lebih banyak lagi kelonggaran, solat tarawih, Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya, sama ada melonjak naik ke tidak.
“Kes tidak ada tapi melonjak naik ke tidak, kemasukan hospital ICU, jadi saya nak tengok dalam beberapa bulan lagi sama ada keadaan itu stabil ke tidak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette