SHANGHAI – Hab komersial China di Shanghai meneruskan inisiatif ujian besar-besaran dalam usaha mengekang peningkatan baharu jangkitan Covid-19, tetapi beberapa daerah melonggarkan peraturan sekatan dalam usaha meminimumkan gangguan.
Bandar yang menempatkan kira-kira 25 juta orang ini menyaksikan jangkitan komuniti tempatan yang bergejala mencecah 57 orang pada 17 Mac, dengan 203 lagi kes tanpa gejala yang ditularkan secara domestik, masing-masing meningkat daripada lapan dan 150 sehari sebelumnya.
Shanghai, yang sehingga kini masih tidak terjejas oleh koronavirus telah menutup sekolah dan melancarkan program ujian di seluruh bandar yang menyaksikan berpuluh-puluh kompaun kediaman ditutup selama sekurang-kurangnya 48 jam.
China telah memerangi wabak Covid-19 yang paling teruk sejak virus itu mula-mula muncul di Wuhan pada 2020.
Ia melaporkan 2,388 kes tempatan baharu dengan simptom yang disahkan pada 17 Mac 2022, hampir dua kali ganda berbanding sehari sebelumnya.
Presiden Xi Jinping memberi isyarat lewat semalam bahawa dasar “pelepasan dinamik” untuk membendung wabak itu tidak akan diketepikan.
”Kemenangan datang daripada ketabahan,” kata Xi pada mesyuarat jawatankuasa tetap Biro Politik sambil menyeru langkah dan usaha yang lebih berkesan untuk meminimumkan kesan ekonomi, lapor media kerajaan.
Kerajaan Shanghai menegaskan tidak akan ada penutupan di seluruh bandar seperti di bandar-bandar lain.
Namun penduduk disekat dalam 48 jam sementara menunggu keputusan ujian saringan yang dijalankan.
Shanghai telah meningkatkan kapasiti ujiannya kepada 3 juta sehari dan merancang untuk meningkatkannya kepada 5.5 juta dalam masa terdekat, beberapa daerah juga melaporkan kekurangan kakitangan ujian yang berkelayakan. – Reuters (https://www.reuters.com/world/china/chinas-new-daily-local-covid-cases-rebound-2022-03-18/)