KUALA LUMPUR – Syarikat Datasonic Group Berhad (DGB) menyumbang kira-kira RM20,000 kepada Asrama Darul Falah (ASDAF) yang menempatkan anak yatim Masyarakat Orang Asli.
Cek sumbangan itu disampaikan Naib Presiden Eksekutif Komunikasi Strategik DGB, Safia Hanifah kepada Presiden ASDAF, Abdul Halim Mohamad.
Sumbangan itu adalah untuk penambahbaikan infrastruktur asrama dan persediaan kembali ke sekolah bagi anak-anak yatim yang menginap di ASDAF.
Turut hadir, Naib Presiden ASDAF, Azmi Azman dan Pengetua ASDAF, Mohamad Muda.
ASDAF adalah fasiliti khas untuk penginapan dan penjagaan anak-anak Masyarakat Orang Asli di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
Ketika ini ia menempatkan kira-kira 50 anak-anak yatim dan keluarga yang kurang berkemampuan dari kalangan Masyarakat Orang Asli.
Sumbangan derma itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab korporat Datasonic Berhad dalam usaha untuk menyumbang kepada komuniti setempat. – MalaysiaGazette