Home Nasional Kerajaan bayar pampasan RM1.5 juta kepada keluarga Adib – PM

Kerajaan bayar pampasan RM1.5 juta kepada keluarga Adib – PM

abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.
Kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berkenaan dibuat pada 29 November 2021 meskipun siasatan mengenai kes kematiannya masih berjalan.

Beliau berkata, pembayaran berkenaan membuktikan kesungguhan UMNO dalam membela nasib rakyat khususnya yang meninggal dunia ketika bertugas seperti Adib.

“Kes kematian arwah Adib sedang disiasat secara menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan sewajarnya.

“Jawatankuasa khas siasatan telah membentangkan laporan interim pada 15 Mac 2022,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di sini hari ini.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, laporan akhir siasatan kes kematian anggota bomba berkenaan dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Jun ini.

Tambah Wan Junaidi, laporan interim sedang disediakan dan akan dibentangkan selepas 15 Mac.

Sebagai rekod, Adib meninggal dunia selepas cedera parah ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Kemudian, Mahkamah Koroner pada 27 September 2019 memutuskan kematian Adib adalah perbuatan jenayah dilakukan lebih dua individu tidak dikenali.- MalaysiaGazette