KUALA LUMPUR – Lima kepimpinan tertinggi UMNO akan mengadakan perbincangan mengenai Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) selang 45 hari mulai hari ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelima-lima mereka sudah bersetuju untuk mengadakan pertemuan itu biarpun tidak pernah dilakukan kepimpinan UMNO sebelum ini.
“Kekerapan untuk kami berlima bertemu adalah tidak kurang daripada sebulan setengah bagi setiap pertemuan namun jika ada isu yang melibatkan parti dan juga isu rakyat kami akan berjumpa lebih kerap daripada itu.
“Optik dan naratif tidak kita akan diumumkan kepada umum kerana itu adalah perbincangan dalam parti,’ katanya dalam sidang media selepas penggulungan presiden di Perhimpunan Agung UMNO (PAU2021), hari ini.
Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan tiga Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dan Datuk Seri Khaled Nordin.
Ahmad Zahid berkata, langkah itu perlu bagi memastikan kelima-lima mereka berada dalam situasi sama dalam memperkasakan dan menyediakan parti ke arah PRU15 tidak lama lagi.
“Kita merasakan keakraban kebersamaan ketiga pemimpin utama dalam UMNO bukan sahaja telah memperoleh persetujuan daripada ahli MT tetapi kita merasakan konsep musyarawah dan kesepakatan secara syura ini kita lakukan biarpun ia tidak terdapat dalam peraturan atau Perlembangaan UMNO.
“Kami berlima mengambil inisiatif sendiri untuk perkuatkan sekiranya ada masalah bukan dalam kalangan kami malah dalam parti serta isu nasional,” katanya lagi.
Ditanya mengenai garis masa untuk tempoh PRU15, Ahmad Zahid berkata, kelima-lima mereka berpendapat perjanjian (MoU) yang ditandangani antara kerajaan dan pembangkang harus dihormati.
“Kita tidak ada garis masa kita akan adakan mesyuarat sekarang, kita (top 5) akan bermesyuarat bukan bersandarkan kepada isu tapi perkara lain yang didorong oleh parti dan rakyat.
“Soal garis masa (PRU15) kita merasakan MoU yang telah ditandatangani antara kerajaan dan parti pembangkang telah ditetapkan pada Julai maka PRU sama ada mahu diadakan sebelum atau selepas itu.
“Maka MOU itu dihormati dan beberapa pertimbangan politik akan dijanjikan asas perdana menteri untuk gunakan budi bicara untuk menentukan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette