MOSCOW – Burger King tidak dapat menggantung operasi restorannya di Rusia kerana operator utama ‘enggan berbuat demikian’.
Syarikat makanan segera multinasional Kanada-Amerika Syarikat, Restaurant Brands International yang memiliki Burger King berkata, rangkaian restoran makanan segera itu memasuki pasaran Rusia 10 tahun lalu dan ia mempunyai tiga rakan usahasama di negara tersebut yang ‘bertanggungjawab operasi harian dan memantau kira-kira 800 buah restoran di Rusia’.
“Kami telah menghubungi operator perniagaan utama dan meminta penggantungan operasi restoran Burger King. Mereka enggan melakukannya,” katanya seperti dilaporkan agensi berita, Anadolu.
Perang Rusia-Ukraine yang bermula pada 24 Februari lalu mencetuskan kutukan antarabangsa yang membawa kepada sekatan kewangan dilakukan ke atas Moscow selain menyaksikan firma global meninggalkan Rusia, termasuk McDonald’s. – Agensi