Home Ekonomi FGV: Ahmad Tifli bertugas semula esok

FGV: Ahmad Tifli bertugas semula esok

19601098_1202965463140737_434250606073064298_n-640x498

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Kewangan Felda Global Ventures Holdings (FGV), Datuk Ahmad Tifli Mohd. Talha akan memulakan tugasnya semula, esok.

Beliau sebelum ini telah diminta bercuti tanpa had bersama Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad dan dua lagi pengurusan syarikat tersebut susulan siasatan berhubung urusniaga di antara Delima Oil Products Sdn. Bhd dengan sebuah syarikat luar negara, Safitex Trading LLC.

Demikian menurut kenyataan FGV kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut sumber, dua lagi pegawai kanan FGV yang lain telah pun memulakan tugas masing-masing.

Bagaimanapun nasib Zakaria masih belum diketahui.- MalaysiaGazette

8b6c22538ff49ae416d3e5fcc79aaf58?s=150&d=mp&r=g
+ posts